Khalid Cadang Selcat Adakan Pendengaran Awam

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 3:27 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengadakan pendengaran awam bagi mendedahkan kos sebenar digunakan kerajaan negeri dalam melaksanakan proses penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Abdul Khalid (Bebas-Pelabuhan Klang) mencadangkan perkara itu bagi membolehkan rakyat lebih memahami proses pengambilalihan itu selain membetulkan dakwaan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bahawa berlaku kepincangan dalam perjanjian sebelum ini ketika beliau (Abdul Khalid) menerajui Selangor.

"Saya ingat kalau boleh Speaker adakan Selcat supaya perkara yang tersimpan, tersorok dan yang tidak betul dikatakan (oleh Mohamed Azmin) boleh dibincangkan di khalayak ramai supaya kita tunjukkan (ketelusan).

"Saya mahu dakwaan kononnya perjanjian dibuat kerajaan sebelum ini salah, kita boleh jawab dan bincangkan supaya rakyat lebih fahami perkara ini," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai rizab kerajaan negeri yang sebelum itu dibangkitkan oleh Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Khamis.

Terdahulu, Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Mohd Haslin memberitahu persidangan Dewan bahawa sehingga 13 Ogos lepas rizab Selangor mencatatkan sejumlah RM3.73 bilion berbanding pada 31 Dis tahun lepas iaitu RM3.2 bilion.

Menteri Besar menjelaskan bahawa penggunaan rizab Selangor akan ditumpukan khusus kepada projek pembangunan dan bukan operasi.

Abdul Khalid kemudian bangun bertanyakan sama ada kerajaan negeri masih mengekalkan nilai pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air melibatkan RM2 bilion manakala RM7.65 bilion melibatkan liabiliti syarikat-syarikat terlibat.

Adun Pelabuhan Klang itu turut mempertahankan kos asal keseluruhan pengambilalihan itu termasuk kos pemberian air percuma sebanyak RM150 juta setahun.

"Saya nak tanya adakah kerajaan negeri akan tetap dengan harga tersebut (kos pengambilalihan) kerana antara perkara dalam rizab ialah pembayaran air percuma.
Jika berlaku kenaikan kos (pengambilalihan) rizab negeri tidak boleh mengekalkan peruntukan RM150 juta setahun air percuma bagi tempoh enam hingga tujuh tahun.

"Ia penting supaya DUN tahu harga (pemberian air percuma) yang kita luluskan sejak 2012 itu akan kekal supaya rizab negeri tidak akan terjejas hasil kenaikan rundingan air itu," katanya.

Mohamed Azmin kemudian berkata kos rundingan penstrukturan semula industri air diputuskan oleh Abdul Khalid sebelum ini dan beliau (Mohamed Azmin) terpaksa mewarisi banyak kepincangan yang berlaku ketika pentadbiran Abdul Khalid termasuk kecuaian dalam memuktamadkan industri air, antaranya aset negeri diserah kepada kerajaan Pusat.

Pada masa sama, Menteri Besar berkata RM7.65 bilion sebenarnya adalah liabiliti yang dibuat melalui bon syarikat konsesi ketika itu dan bon ini diambil syarikat konsesi untuk membina beberapa loji rawatan air (LRA) termasuk Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan Fasa 2 (SSP2).

Mohamed Azmin turut menuduh Abdul Khalid ketika menjawat jawatan Menteri Besar pernah kononnya mengumumkan akan menaikkan tarif air pada kadar 18 peratus menyebabkan Abdul Khalid menafikan dakwaan itu dan meminta Mohamed Azmin mengemukakan fakta untuk membuktikan dakwaannya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Khalid Ibrahim , Selcat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan