1MDB: Khairuddin Serah Bukti Kepada Peguam Negara Switzerland

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 5:52 PM

Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Menurutnya, penyerahan bukti dan kronologi skandal membabitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dibuat pada Selasa lalu.

"Kunjungan saya ke pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern ditemani oleh peguam, Matthias Chang," katanya menerusi kenyataan yang dibuat melalui Facebook pada Khamis.

Khairuddin berkata, beliau juga akan menyerahkan bukti yang sama kepada pengawal selia kewangan Switzerland, Finma.

"Saya akan serahkan kepada pihak penguat kuasa undang-undang dan Swiss financial regulator, Finma untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salah laku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss Bank serta beberapa bank antarabangsa," katanya.

Reuters turut melaporkan Finma sedang membuat semakan dengan beberapa bank di negara itu sama ada mereka menjalankan urus niaga dengan 1MDB, kata jurucakapnya pada Rabu.

Sebelum ini Khairuddin pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BN) kerana mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.

"Saya bersama peguam Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB. Kami menyerahkan kepada pihak penguat kuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.

"Saya kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara profesional dan telus," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Khairuddin Abu Hassan , Matthias Chang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan