Kaji Semula Kewajaran Agensi Pelancongan Di Bawah Kerajaan Negeri, GLC

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 4:02 PM

Sharkar Shamsuddin

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengkaji semula kewajaran agensi pelancongan bernaung di bawah syarikat kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau jabatan tertentu.

Presiden MTC, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kewujudan agensi pelancongan di bawah organisasi berkenaan boleh menjejaskan pendapatan dan menutup peluang agensi pelancongan persendirian.

"Jika kerajaan negeri, GLC atau jabatan terlibat mempunyai polisi supaya urusan berkaitan pelancongan atau pembelian tiket perjalanan dibuat menerusi agensi di bawah mereka, ia akan mematikan peluang agensi pelancongan lain.

"Kita mahu perkara ini dipertimbangkan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik buat masa ini. Agensi pelancongan ini seharusnya diberikan peluang perniagaan yang lebih banyak," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Mohd Sharkar menambah MTC juga menerima aduan daripada beberapa agensi pelancongan berhubung perkara itu, apabila pengusahanya mengakui tidak dapat bersaing dengan agensi pelancongan di bawah syarikat negeri atau GLC.

Sementara itu, Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang berkata pihaknya berhasrat mempromosikan Rompin sebagai destinasi pelancongan memancing, sesuai dengan penganjuran 'Royal Pahang Billfish International Challenge' (RPBIC) di daerah itu sejak tahun 2004.

"Aktiviti memancing di Rompin diharapkan bukan lagi tertumpu semasa penganjuran RPBIC, tetapi berjalan sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh iaitu antara November hingga Januari," katanya.

Beliau menambah apabila pelan itu dilaksanakan kelak, ia akan meningkatkan pendapatan penduduk daerah itu termasuk golongan nelayan, yang menerima manfaat daripada penyewaan bot kepada pemancing.

Mohd Sharkar berkata seramai 53,000 orang telah datang ke Rompin dari 2012 hingga kini untuk memancing memandangkan daerah itu terkenal sebagai laluan utama ikan layar semasa berhijrah dari hemisfera utara ke selatan.

Mengulas mengenai penganjuran RPBIC 2015, Mohd Sharkar berkata ia akan berlangsung pada 11 hingga 13 September dan setakat ini, seramai 120 peserta dari 19 negara telah berdaftar untuk menyertainya. 

Kejohanan yang berkonsepkan 'tangkap dan lepas' menawarkan ganjaran sehingga RM60,000 kepada pemenang selain turut menerima tajaan berbentuk peralatan memancing. -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: MTC , GLC , Sharkar Shamsuddin

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan