Iktiraf Karya Bermutu Menerusi Hadiah Sastera SelangorKini

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kali bekerjasama dengan akhbar SelangorKini untuk mengiktiraf karya sastera bermutu menerusi Hadiah Sastera SelangorKini 2015 yang keseluruhannya menawarkan wang tunai mencecah RM27,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor Amirudin Shari berkata, melalui inisiatif ini, penulisan sastera yang mempunyai kandungan pemikiran bermutu dalam akhbar milik kerajaan negeri itu berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak RM5,000 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

"Lebaran seni dan budaya telah membuka peluang kepada penulis muda dan yang telah mapan untuk menghantar karya dalam bentuk cerpen, puisi dan esei.

"Inisiatif ini direncanakan bertujuan untuk menawarkan tulisan bernilai sastera dan mempunyai kandungan pemikiran bermutu kepada rakyat Selangor saban minggu," katanya menerusi kenyataan media, Khamis.

Menurut Amirudin, lembaran seni dan budaya itu telah dimuatkan dalam akhbar berkenaan sejak minggu pertama Disember 2014.

"Setelah hampir lapan bulan ruangan itu diwujudkan ia menerima respons positif sama ada daripada pembaca mahu pun kelompok penulis.

"Karya-karya yang terbit dari Disember 2014 hingga Oktober 2015 layak untuk dinilai bagi Hadiah Sastera SelangorKini 2015," katanya.

Lima tulisan terbaik yang terbit di akhbar SelangorKini dalam tiga kategori iaitu cerpen, puisi dan esei akan dipilih sebagai pemenang.

Seorang pemenang untuk setiap kategori akan menerima hadiah berjumlah RM5,000, manakala empat karya lain akan menerima saguhati RM1,000.

Bagi proses penilaian dan penghakiman, jawatankuasa akan memilih panel hakim bebas dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pengarang SelangorKini, Fazalah Pit berkata, acara kemuncak itu akan berlangsung Disember ini dan dijangka dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

"Penghantaran karya ke SelangorKini turut disertai beberapa penulis yang pernah memenangi hadiah utama di peringkat kebangsaan antaranya Roslan Jomel dan Raihani Mohd Said," katanya.

Tambah beliau lagi, halaman seni itu adalah antara ruangan popular dalam SelangorKini berdasarkan maklum balas dan bilangan kongsi menerusi online.



iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan