DUN Kedah Lulus Kenaikan Gaji Wakil Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah termasuk Menteri Besar dan Exco akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Kali terakhir gaji ADUN, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco disemak semula adalah 11 tahun lepas pada 2004.

Kenaikan gaji itu selepas DUN Kedah yang bersidang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

Enakmen itu menetapkan gaji ADUN akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.

Gaji speaker dan 10 anggota Exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109  kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan.

Gaji baharu Menteri Besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.

Dalam sesi penggulungan perbahasan usul itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri telah melakukan kajian tentang kenaikan gaji itu dengan membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

"Peratus kenaikan yang bakal diterima oleh ADUN Kedah adalah paling kurang berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Beliau juga berkata, semakan semula gaji itu adalah selari dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin bertambah bagi wakil rakyat dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Tags / Kata Kunci: DUN Kedah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan