Bantuan Bencana Akan Disegerakan Melalui Pegawai Daerah - Zambry

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 3:18 PM

Zambry Abdul Kadir

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan menyegerakan bantuan bencana kepada mangsa melalui pegawai daerah yang dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata peruntukan bagi bantuan segera bencana telah disalurkan kepada setiap daerah.

"Kebiasaannya bantuan dari kerajaan negeri agak pantas kerana kita telah meletakkan bantuan ini melalui sejumlah wang yang diperuntukkan kepada setiap pejabat daerah dan tanah yang dikendalikan pegawai daerah.

"Mungkin dalam kes tertentu sekiranya ia membabitkan ratusan buah rumah di peringkat negeri, bantuan tambahan juga akan dipohon pada kadar segera," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN-Hulu Kinta).

Katanya dalam kes membabitkan bantuan bencana pada skala besar, ia disalurkan oleh kerajaan pusat melalui Majlis Keselamatan Negeri.

Menteri Besar berkata kes membabitkan jumlah mangsa yang sedikit dan membabitkan kerosakan atap dan sebagainya, wakil rakyat boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beliau.

"Bantuan segera akan diberikan dengan pantas. Segera yang dimaksudkan bukan lapor terus beri ... ini duit kerajaan selepas disalurkan, ia perlu kebertanggunjawaban.

"(Bantuan) bencana ada dua jenis iaitu bantuan segera sebanyak RM300, RM500 dan sebagainya, tetapi bila membabitkan kerosakan, penghulu, ketua kampung dan pejabat daerah akan membuat penilaian dan mangsa perlu membuat laporan bertulis bahawa tempat mereka benar-benar terbabit dan berlaku kerosakan supaya dapat dibuat penilaian," katanya.

Katanya penilaian mungkin mengambil masa sedikit bagi memastikan laporan yang dibuat sah dan perlu dibuat pengesahan di peringkat jabatan serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sebulan atau kurang.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri telah meluluskan bantuan bencana sebanyak RM48,000 kepada 235 pemilik kediaman yang terjejas akibat ribut kencang di kawasan Tanjung Rambutan pada 18 Julai lepas.

Beliau berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Jaya Lima, Kampung Lintang, Taman Indah, Tanjung Perdana, Kampung Tersusun Batu 8, Kampung Melayu Batu 8 dan Taman Pakatan Jaya.

"Diharapkan dengan bantuan ihsan itu dapat meringankan masalah yang dialami penduduk terlibat," katanya.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Zambry Abdul Kadir , Perak , bencana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan