MRSM Bakal Lakar Sejarah Baca Yasin 58 Jam Tanpa Henti

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 4:50 PM

Antara pelajar MRSM Serting yang menyertai program bacaan Yasin 58 jam berterusan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting di Negeri Sembilan bakal melakar sejarah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records  (MBOR) menerusi penganjuran program bacaan Yasin selama 58 jam tanpa henti.

Program anjuran bersama MRSM Serting dan Badan Permuafakatan Pendidikan Mara (Muafakat) MRSM Serting sempena 58 tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Ahmad Soffian Mohd Shariff berkata, seramai 366 pelajar MRSM Serting terlibat dalam program yang bermula pada pukul 12.01 pagi Rabu dan dijangka berakhir pada Jumaat pukul 10.01 pagi.

“Bacaan Yasin ini akan dilakukan secara bergilir-gilir di mana setiap kumpulan akan melibatkan sehingga lima pelajar dalam tempoh sejam. Dianggarkan kira-kira 12 minit bagi setiap pelajar.

“Program ini sedang berlangsung secara berterusan sehingga esok (Jumaat). Setakat tengah hari tadi, kira-kira 180 pelajar telah menyertai program ini,” katanya kepada mStar Online pada Khamis mengenai program yang diadakan di Dewan Gemilang MRSM Serting.

Bacaan Yasin dijadikan sebagai pendekatan program bagi mendekatkan diri para pelajar dengan semangat nasionalisme dengan penerapan nilai-nilai murni dan kerohanian.

Mengenai usaha untuk disenaraikan dalam MBOR, Ahmad Soffian berkata, pihak polis daerah Jempol menjadi pemerhati kepada program berkenaan sepanjang ia berlangsung.

Menurutnya, bacaan Yasin dijadikan sebagai pendekatan program bagi mendekatkan diri pelajar dengan semangat nasionalisme dengan penerapan nilai-nilai murni dan kerohanian.

“Mereka mendoakan kesejahteraan, keamanan dan keselamatan rakyat serta negara,” kata Ahmad Soffian sambil menambah bahawa program berkenaan turut disertai 25 guru.

Majlis perasmian program bacaan Yasin 58 jam berterusan itu bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah pada pagi Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Mara , MRSM , MRSEM Serting

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan