Jawatankuasa PAS Shah Alam Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 11:56 AM

PAS
(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Yang Dipertua (YDP), timbalan dan naib YDP PAS Shah Alam mengemukakan perletakan jawatan mereka dalam parti.

Perletakan jawatan YDP, Azli Yusof; timbalan, Zulkifli Mohf Nani naib YDP, Mohamad Jamil Abd Rahim dan bersama 18 ahli jawatankuasa yang lain bagi sesi 2015-2017 berkuat kuasa pada Rabu.

Ketua sayap Dewan Muslimat PAS, timbalan ketua, naib ketua dan 11 lagi ahli jawatankuasanya turut meletakkan jawatan.

Keseluruhan jawatankuasa adalah dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Shah Alam (DHPP) turut meletakkan jawatan mereka.

"Pengumuman rasmi dibuat semasa mesyuarat bahagian PAS kelima untuk sesi 2015-2017 yang diadakan pada Rabu. Tugas-tugas diserahkan kepada setiausaha PAS Shah Alam dalam keadaan yang saling memahami," menurut satu kenyataan bersama.

"Perletakan jawatan itu bukan berniat untuk melemahkan jentera PAS Shah Alam, tetapi untuk memperjuangkan Islam dalam cara yang kita lebih yakin untuk melakukannya," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tiga belas anggota dari 22 individu dari jawatankuasa sayap Pemuda PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan mereka dalam keadaan politik semasa yang menjadi antara punca perletakan jawatan mereka.

Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 10 lagi ahli jawatankuasa meletakkan jawatan pada 11 Ogos lalu.

Timbul spekulasi perletakkan jawatan mereka merupakan permulaan kepada penghijrahan dari PAS ke kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Masih bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), GHB dijangka melancarkan parti politik tidak lama lagi di bawah nama Amanah.

Tags / Kata Kunci: PAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan