Status Rasmi Vape Diketahui Dua Bulan Lagi - Majlis Fatwa Kebangsaan

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 7:00 AM

Pengguna vape kini menjadi trend di kalangan remaja.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Status rasmi pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape di kalangan umat Islam akan diputuskan selepas kajian mengenai kesannya terhadap kesihatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua bulan lagi.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, keputusan hasil kajian mengenai kesan penggunaan vape  akan ditentukan hasil kajian menyeluruh oleh pakar-pakar di Kementerian Kesihatan.

"Oleh itu, kita sebenarnya masih menunggu keputusan muktamad daripada pakar Kementerian Kesihatan mengenai risiko penggunaannya. Sehingga keputusannya diperolehi, saya nasihatkan pengguna vape supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu. Itu lebih baik, lagipun penggunaannya tidak mendatangkan sebarang kebaikan," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Beliau berkata, seandainya kajian pakar mendapati penggunaan vape mendatangkan kemudaratan sama seperti rokok dan shisha, maka dari segi hukum ia tidak harus dihisap.

"Segalanya bergantung kepada keputusan ahli pakar yang akan menilai kesan penggunaannya. Kita akan tunggu keputusan tersebut," katanya lagi.

Sebelum itu, muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 bagi membincangkan tentang hukum shisha, memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Sementara pada 12 Ogos baru-baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati pengguna vape atau shisha agar berhenti menggunakan alat tersebut sementara keputusan mengenai risikonya diumumkan oleh pihak kementerian.

Beliau berkata kementerian tersebut sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan vape dan shisha kepada kesihatan.

"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.

"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," kata Subramaniam.

Rokok elektronik atau vape adalah satu alat yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair bagi menghasilkan wap.

Dr Abd Shukor juga menambah, status penggunaan vape masih belum lagi diputuskan sebagai haram sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa akhbar pada Selasa.

"Ia masih belum dibawa ke peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya tak katakan rokok elektronik (vape) itu haram... yang kita dah putuskan dalam fatwa adalah rokok dan shisha. Itu lama dah kita putuskan.

"Sekiranya penggunaan vape kesannya sama macam rokok dan shisha maka boleh kita kiaskan hukumnya sebagai haram. Tetapi saya kata kita kena tunggu keputusan hasil kajian mengenai penggunaannya daripada pakar-pakar termasuk Kementerian Kesihatan.

"Kalau nak hukum secara rasminya saya akan bawa ia ke Majlis Fatwa Kebangsaan. Itu sahaja," katanya.


Tags / Kata Kunci: vape , Majlis Fatwa Kebangsaan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan