Simpan Misai Untuk Kempen Kesedaran Kanser Prostat

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersedia untuk menyimpan misai dan janggut bagi menyokong kempen tiga bulan 'Movember- The Ultimate Shave Off' anjuran Majlis Kanser Nasional (Makna) bersama kumpulan sukarelawan Rainbow untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanser prostat.

Menerusi kempen itu, lelaki digalakkan menyimpan misai atau janggut dari Sept hingga Nov, sebelum dicukur pada penghujung kempen sebagai simbolik kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut mereka ketika menjalani rawatan.

Pengasas dan Presiden Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata, kempen mengumpulkan dana itu juga bagi menggalakkan orang ramai berbincang secara terbuka mengenai kanser prostat yang jarang didedahkan berbanding kanser yang lain.

"Ia seperti kempen yang mudah tapi kami berharap mesejnya sampai kepada kaum lelaki mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala serta usaha awal mengesan penyakit ini," katanya.

Kempen ini dimulakan di Australia pada 1999 bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat, dengan menyimpan misai pada November.

Seorang pesakit kanser, Harikrishnan Maniam, 26, berkata pembabitan orang awam dalam kempen ini sangat dihargai kerana penderita kanser sememangnya memerlukan sokongan moral dan kewangan.

"Ketika saya menjalani rawatan dulu, saya kehilangan rambut dan menjadi botak, jadi saya tahu bagaimana perasaan tanpa rambut," katanya.

Seorang lagi bekas pesakit kanser, May Lui, 41, berkata inisiatif itu harus diadakan secara tahunan bagi mengalakkan masyarakat lebih memahami penyakit tersebut sambil mewujudkan kesedaran mengenai kanser prostat.

Kanser prostat adalah penyakit keempat daripada 10 kanser yang sering berlaku di kalangan lelaki Malaysia.--Bernama

Tags / Kata Kunci: Makna , prostat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan