Rakyat Malaysia Luahkan Nyaris Jadi Mangsa Letupan Bangkok

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Ia mungkin boleh berlaku kepada saya," demikian luahan beberapa rakyat Malaysia yang berada di Bangkok selepas mendengar berita mengenai letupan yang berlaku di ibu negara Thailand pada Isnin malam sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang.

Seorang rakyat Malaysia, Sherry Cheah Shu Yi yang berkunjung ke Bangkok bersama rakan-rakannya berkata, dia melalui lokasi kejadian hanya lima minit sebelum berlaku.

"Ia menakutkan bila saya dengar bunyi letupan yang saya tahu ia bukan sesuatu yang pernah didengari sebelum ini. Saya fikir ia mungkin letupan bom," katanya.

Cheah berada di Skywalk berhampiran lokasi kejadian ketika letupan berlaku.

"Saya berasa seperti semakin jauh dari tempat itu dengan cepat... saya berasa takut dan jantung saya berdegup kencang," kata pakar teknologi maklumat (IT) yang berusia 26 tahun itu.

Cheah berkata, dia nyaris pergi makan malam di Central World, salah sebuah gedung berhampiran dengan lokasi kejadian.

"Kami semua fikir betapa dekatnya kami dengan lokasi letupan sekiranya kami terlewat sedikit untuk beredar dari kawasan itu," katanya.

Menurut Cheah, dia berasa lega sekembalinya mereka di hotel dan tidak berasa untuk keluar makan malam selepas melalui pengalaman yang mengerikan.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Cathrynn Wong, 26, sedang bercuti di Bangkok semasa mendengar bunyi letupan ketika mahu menaiki teksi, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Kami dengar bunyi yang sangat kuat, seperti bunyi guruh, tetapi bunyinya berbeza.

"Kami seperti tidak percaya ia berlaku ketika kami berada di sini," kata Wong.

"Saya masih terkejut dengan insiden yang berlaku, dan masih berasa agak paranoid di kawasan sekitar saya," tambah Wong.

Pengasas kumpulan BIG, Benjamin Yong yang berada di Bangkok bersama isterinya, Elizabeth Lee ketika letupan berlaku memberitahu kedua-dua mereka selamat.

"Terima kasih di atas keprihatinan anda semua. Kami selamat kembali ke hotel," katanya di Instagram.

"Ingatan dan doa kami bersama mangsa-mangsa yang tidak berdosa serta keluarga mereka," kata Yong.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan