GEORGE TOWN: Lukisan mural dan arca imej dua kanak-kanak menaiki basikal yang terkenal di Pulau Pinang disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bahan seni yang terletak di Jalan Armenian itu diconteng dengan grafiti '#4.0'.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi Rabu.
Sebuah kedai runcit berhampiran dan kereta yang diletakkan berhampiran mural berkenaan juga dirosakkan.