Kerajaan Selangor Tak Beri Insentif, Ganjaran Kepada Pelabur

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiada sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan ditawarkan kepada pelabur tempatan dan asing sebagai tarikan pelaburan ke Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, bagaimanapun agensi khusus seperti Invest Selangor telah ditubuhkan bagi membantu para pelabur.

"Agensi itu membantu (pelabur) daripada awal lagi untuk mengenal pasti tapak, menyelaras permohonan kelulusan pembangunan serta menyelesaikan masalah melibatkan kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.

"Invest Selangor turut mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan saya sendiri bagi membincangkan masalah berbangkit," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) mengenai kemungkinan pelabur asing menarik balik pelaburan mereka di Selangor akibat masalah ekonomi yang melanda negara.

Sambil mengakui berlakunya penarikan pelaburan itu, Teng berkata ia disebabkan keadaan ekonomi semasa serta faktor permintaan pasaran.

Tanpa menyatakan bilangan serta jumlah pelaburan asing yang terlibat, beliau berkata tindakan itu memberi kesan langsung kepada ekonomi Selangor termasuk pemberhentian pekerja selain impak kepada industri sokongan khususnya pengangkutan, pergudangan, peruncitan dan industri perkhidmatan lain.

"Sebagai contoh, JVC Manufacturing Malaysia Sdn Bhd telah menutup operasi dan berpindah ke Thailand kerana kekurangan permintaan terhadap produk keluaran syarikat Jepun itu.

"Syarikat Ansell Sdn Bhd (Australia) yang mengeluarkan produk sarung tangan getah bagi penggunaan perubatan turut menutup operasi di Shah Alam dan memindahkan operasi pengeluaran ke Melaka dan India," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Selangor , Teng Chang Khim , DUN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan