AGC Terima Respons Positif Dari Thailand Untuk Dapatkan Bukti Justo

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 8:16 AM

Xavier Andre Justo.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima respons positif daripada Pejabat Peguam Negara Thailand bagi mendapatkan bukti lanjut mengenai Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada Isnin.

Dalam kenyataannya, AGC berkata, ia dalam proses mendapatkan bukti lanjut di bawah Perjanjian Mengenai Bantuan Guaman Bersama dalam Hal Jenayah dalam kalangan negara Asean.

Justo dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan selepas dia mengaku cuba mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International. 

Bekas Eksekutif Teknologi Maklumat berusia 49 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Dalam kenyataan itu, AGC berkata, jabatan itu memberi jaminan kepada orang awam bahawa semua kertas siasatan dihantar oleh Polis Diraja Malaysia untuk perhatiannya akan dikaji secara teliti dan diberi perhatian serius kerana terdapat pelbagai dakwaan berkaitan kes Justo yang boleh memberi kesan terhadap kestabilan negara.  

"Merujuk kepada laporan akhbar mengenai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, Jabatan Peguam Negara ingin menekankan kepada orang ramai bahawa ini merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang," kata jabatan itu.

Di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, adalah menjadi kesalahan jenayah untuk melakukan aktiviti yang boleh merosakkan demokrasi berparlimen dengan sebarang cara secara langsung atau tidak langsung.  Hukuman bagi kesalahan ini ialah penjara maksimum 20 tahun.  

"Di bawah Seksyen 124I Kanun Keseksaan, sesiapa yang mengeluarkan perkataan sama ada secara lisan atau bertulis di dalam suratkhabar, majalah, buku, pekeliling atau lain-lain penerbitan bercetak atau dengan menggunakan kaedah elektronik  menyebarkan laporan palsu atau membuat kenyataan palsu yang boleh menyebabkan kebimbangan orang ramai, melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun," kata AGC.  

Turut dibawa kepada perhatian AGC ialah laporan polis telah dibuat terhadap individu di dalam dan luar negara, yang di bawah siasatan Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

AGC berkata satu waran tangkap telah dikeluarkan Malaysia terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 5 Ogos lepas berkaitan siasatan polis yang masih berjalan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Laman sesawang Sarawak Report, sebuah penerbitan dalam talian yang menerbitkan laporan berita palsu dan draf kertas pertuduhan dalam artikel yang bertajuk 'Arrest Warrant for the Prime Minister – The Real Reason The Attorney-General Was Fired' pada 30 Julai lepas bagi mengaitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan