Letupan Bangkok: Warga Malaysia Kelima Disahkan Maut

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 1:34 PM

bangkok

Lim Su See (kiri) bersama keluarga Hock Guan yang menikmati makan makan kira-kira 6 petang waktu Thailand tidak jauh dari lokasi letupan di Bangkok. Gambar selfie dimuat naik ke aplikasi WhatsApp keluarga mangsa.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pelancong warga Malaysia, Lim Su See, 52, disahkan maut dalam insiden letupan di kuil di Bangkok pada Isnin lalu.

Seorang rakan terdekat kepada keluarga itu, Visen Lim Gim Seong, 52, memberitahu The Star bahawa pihak berkuasa menjumpai mayatnya pada kira-kira tengah malam Selasa.

"Mayatnya akan dibawa balik esok malam selepas prosedur bedah siasat dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Su See yang merupakan kakak kepada mangsa yang turut maut, Lim Saw Gek, 49.

Turut terbunuh dalam letupan itu ialah anak lelaki Saw Gek, Neoh Jai Jun, 20, menantu lelakinya, Lee Tze Siang, 35 dan cucunya, Lee Jing Xuan berusia empat tahun.

Suami Saw Gek, Neoh Hock Guan, 55, terselamat dalam insiden itu namun mengalami kecederaan manakala anak perempuan Saw Gek yang sedang mengandung lima bulan turut terselamat tanpa kecederaan berikutan dia tidak berada di tempat kejadian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan