Tiada MP BN Terlibat Komplot Guling Kerajaan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 7:43 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mahu nama 20 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), yang didakwa oleh pihak tertentu terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, dibersihkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan tindakan membersihkan nama individu berkenaan penting kerana kesemua Anggota Parlimen itu tidak terlibat dalam usaha pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Tidak ada seorang pun daripada 20 Anggota Parlimen BN, sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu, yang telah didekati untuk dibeli bagi menandatangani akuan bersumpah (menggulingkan kerajaan) itu.

"Saya ingin sahkan tidak ada seorang pun daripada 20 (Anggota Parlimen) itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Sebab itu, bersihkanlah nama mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas laporan blog tertentu yang menyenaraikan nama 20 Anggota Parlimen BN sebagai antara individu yang bekerjasama dengan pembangkang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui persidangan Dewan Rakyat pada Oktober depan.

Selain itu, pihak berkenaan juga dilapor mahu mengumpulkan tandatangan Anggota Parlimen yang terlibat dengan akuan bersumpah untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sabtu lepas, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang di ibu negara, Ahmad Zahid mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan didalangi oleh seorang tokoh Umno yang juga pemimpin BN.

Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada Anggota Parlimen pembangkang serta menarik anggota Parlimen BN menyokong gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan melalui 'jalan belakang'.

Ketika ditanya mengenai desakan banyak pihak supaya beliau mendedahkan nama 'indvidu' berkenaan, Ahmad Zahid menegaskan ia tidak boleh dilakukan kerana bimbang akan menjejaskan siasatan pihak polis.

"Ada laporan yang telah dibuat kepada pihak polis dan bila ada laporan, maka penyiasatan perlu dilakukan.

"Kertas siasatan telah dibuka dan akan diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan," katanya sambil menambah bahawa semua maklumat yang diketahui olehnya telah diserahkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu pertemuan 'orang tertentu', yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan, dengan Najib yang sepatutnya diadakan pada Ahad lepas telah dibatalkan atas permintaan pihak berkenaan.

"Walaupun saya faham wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana untuk melihat siapakah orang itu, tetapi temu janji itu dibatalkan.

"Saya tidak tahu bila pertemuan baharu akan diadakan tapi saya pasti pertemuan ini akan diadakan," kata Ahmad Zahid.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan