Letupan Bangkok: Dua Rakyat Malaysia Antara Yang Terkorban

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dua rakyat Malaysia antara 19 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam Isnin, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.

Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini.

Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.

Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong.

Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.

Sebelum ini, beliau berkata letupan itu disebabkan oleh bom TNT.

Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar.

Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Ia memperoleh angka itu dari 15 buah hospital di sekitar Bangkok.

Bagaimanapun, ia tidak dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh.

Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas perdana menteri  Yingluck Shinawatra.

Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Stesen Chitlom yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Bangkok yang dikenali sebagai 'skytrain', namun perkhidmatan itu masih diteruskan.

Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak  berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu.

Beliau berkata setakat ini, tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu.

Tags / Kata Kunci: letupan , bom , Bangkok

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan