Letupan Bangkok: Rakyat Malaysia Dalam Senarai Hilang Dikhuatiri Terkorban

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kematian akibat letupan bom di kuil Erawan pada Isnin mungkin telah meragut nyawa rakyat Malaysia yang kelima, selepas pasukan carian menemui sebahagian daripada tangan di tapak letupan.

Lim Su See, 52, yang mempunyai hubungan dengan empat lagi rakyat Malaysia yang maut, berada dalam senarai mangsa yang hilang kerana mayatnya masih belum dijumpai.

Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat telah menemui bahagian tangan di mana seorang ahli keluarganya berkata ia dilihat berkemungkinan tangan Su See.

"Mereka telah mengambil sampel DNA tangan itu. Hasilnya akan keluar esok," kata saudara Su See, Khaw Wi Kai, 33, ketika ditemui di bahagian forensik Hospital Polis Negara di sini pada Selasa.

Empat rakyat Malaysia yang disahkan meninggal dunia adalah Lee Tze Siang dan anak perempuannya, Lee Jing Xuan, serta Lim Saw Gek dan Neoh Jai Jun.

Kedutaan Malaysia juga mengesahkan bahawa tiga rakyat Malaysia telah cedera dalam kejadian itu.
Tags / Kata Kunci: letupan Bangkok , Lim Su See

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan