Letupan Bangkok: Wisma Putra Kenal Pasti Rakyat Malaysia Cedera

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 1:00 PM

Unit pemusnah bom sedang mencari bahan bukti di lokasi insiden letupan bom.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wisma Putra turut mengesahkan dua rakyat Malaysia antara yang cedera dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar itu berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok.

“Tan Rui Hun sedang menerima rawatan di Hospital Hua Chiew manakala Tan Kim Siok dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan," demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian tersebut turut mengesahkan identiti dua mangsa yang maut sebagai Lim Saw Gek dan anak lelakinya, Neoh Jai Jun.

"Mayat mereka berada di Hospital Umum Polis di sana untuk bedah siasat," katanya.

Kementerian itu turut memaklumkan sedang bekerjasama rapat dengan Kedutaan Malaysia dan pihak berkuasa di Bangkok dalam memberi bantuan konsular kepada mangsa dan keluarga mereka.

Perdana Menteri Thai, Prayut Chan-O-Cha pada Isnin berkata letupan bom yang disasarkan di kuil Hindu Erawan, destinasi popular di kalangan pelancong dan rakyat Thai merupakan serangan terburuk melanda negara itu.

Tags / Kata Kunci: letupan bom , Bangkok

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan