Nama Baru GHB: Parti Amanah Rakyat Atau Negara?

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Harapan Baru (GHB) masih berteka-teki mengenai nama parti politik yang akan ditubuhkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang disingkirkan baru-baru ini.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nama Parti Amanah Rakyat (Amanah) seperti yang dilaporkan sebelum ini masih belum dimuktamadkan.

"Parti Amamah Rakyat atau Parti Amanah Negara? Yang mana satu? saya pun tak pasti.

"Selagi ia tidak dilancarkan...tidak ada apa-apa yang rasmi berkaitan parti baharu itu," katanya kepada mStar Online.

Dzulkefly bagaimanapun tidak menafikan penggunaan perkataan 'amanah' pada nama parti berkenaan.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita pro-pembangkang yang memetik sumber mendedahkan menganai nama rasmi parti baharu yang diterajui GHB bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Laporan itu turut menyebut bahawa parti berteraskan Islam itu akan menggunakan oren sebagai warna tema partinya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata maklumat terpeinci mengenai penubuhan parti baharu itu akan diumumkan menerusi sidang media khas pada 31 Ogos depan.

"Pada Hari Kemerdekaan nanti kita akan bagi penerangan kepada media sebelum pelancaran rasmi dibuat sekitar September depan," katanya.

Tags / Kata Kunci: GHB , Parti Amanah Rakyat , PAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan