Lapangan Terbang Akan Dibina Di Perlis - MB

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sebuah lapangan terbang akan dibina di negeri ini sebagai satu daripada pemangkin utama bagi melonjakkan pembangunan negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Lapangan terbang berkenaan akan dibina di kawasan pertumbuhan baharu Chuping sejajar dengan usaha kerajaan negeri menjadikannya sebagai kawasan hab pembangunan, katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan di Dewan 2020 di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri Romli Dai yang turut melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Perhimpunan yang dihoskan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh itu turut dihadiri para Exco Kerajaan Negeri, anggota-anggota Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pengetua dan guru besar serta pemimpin masyarakat.

Tanpa menyatakan kos dan keluasan kawasan lapangan terbang yang akan dibina itu, Menteri Besar berkata lapangan terbang berkenaan adalah untuk pendaratan kapal terbang penumpang bersaiz kecil bagi memudahkan kedatangan para pelabur dari dalam dan luar negara.

Katanya, pembinaan lapangan terbang berkenaan serentak dengan pembinaan kemudahan-kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan tapak perindustrian berasaskan industri hijau.

Beliau berharap dengan adanya lapangan terbang tersebut, ia akan membantu membangunkan Perlis menjadi sebuah negeri maju.

Dalam pada itu, beliau amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini agar hasrat itu benar-benar menjadi kenyataan.

Pada majlis itu, Romli yang mewakili Azlan menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, badan berkanun, pihak swasta dan wakil-wakil kaum g terdapat di negeri ini.

Tags / Kata Kunci: Perlis , Chuping

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan