Keluarga Mangsa Letupan Bom Bersedih Terima Berita

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 11:43 PM

Ahli keluarga mangsa pengeboman Bangkok, Lim Siew Gaik, 49, berada dalam kesedihan selepas menerima berita menyedihkan itu di rumah mereka di Butterworth, Selasa. -foto THE STAR/Asri Abdul Ghani

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: "Kami semua sedih, ini masa sukar kami," kata seorang anggota keluarga kepada empat sekeluarga yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di pusat bandar Bangkok, Thailand malam Isnin.

Wanita berusia 40-an yang enggan dikenali dan mendakwa adik kepada Lim Saw Gek yang terbunuh dalam kejadian berkenaan berkata, keluarganya dimaklumkan mengenai insiden itu oleh anak Saw Gek, Neoh Yee Ling, yang terselamat.

Beliau yang ditemui di rumah ibunya di Taman Dedap, di sini berkata dua anggota keluarganya juga telah pergi ke Bangkok pagi ini untuk membantu Yee Ling dan bapanya, Neoh Hock Guan, yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

"Mereka pergi bertujuh tetapi empat daripadanya mati dalam kejadian itu," katanya yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan insiden itu.

Katanya beliau dimaklumkan pihak kedutaan akan membantu urusan membawa pulang mayat anggota keluarganya yang terbunuh serta anggota keluarga yang cedera dalam kejadian itu.


Saw Gek; anak lelakinya, Neoh Jai Jun; menantu lelakinya, Lee Tze Siang dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, yang berasal dari Taman Dedap maut selepas letupan bom berlaku dalam kejadian pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat beli-belah di Bangkok itu.

Sementara itu jiran mangsa, Lim Gim Seong, 46, yang juga rakan baik kepada Hock Guan berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak perempuan pasangan berkenaan menerusi laman sosial malam tadi.

Bercakap kepada pemberita semasa ditemui di rumah mangsa di Taman Dedap, di  sini hari ini, Lim berkata Yee Ling yang mengandung lima bulan mengalami kecederaan ringan manakala suaminya Tze Siang serta anak mereka Jing Xuan terbunuh.

Dia berkata tujuh sekeluarga itu ke Bangkok pada 15 Ogos lalu dengan menaiki keretapi dari Butterworth, di sini.

"Sepatutnya mereka balik ke sini hari ini," katanya.

Katanya mereka sekeluarga kerap ke Thailand untuk membeli-belah dan  sembahyang.

"Mereka terutama Hock Guan memang rapat dengan saya, saya tidak menyangka tragedi ini akan berlaku kepada mereka sekeluarga," katanya.

Lim berkata menurut Yee Ling, semasa kejadian mereka sekeluarga sedang berjalan-jalan di kawasan berkenaan sebelum singgah di kuil Erawan untuk bersembahyang.

Hock Guan dan isterinya merupakan pengusaha kuih tradisional Cina di kawasan Butterworth.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan