Keupayaan BN: "Pantang Datuk Nenek Mengaku Kalah" - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 7:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui Barisan Nasional (BN) masih belum bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengakuan Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno itu dibuat selepas dikritik kerana menunjukkan sikap sombong dan sambil lewa terhadap teguran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keupayaan BN.

"Saya mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini. Namun kita masih ada masa untuk memperbaiki keadaan. Maka saya kata, esok tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan untuk PRU itu.

"Dalam peperangan politik kita perlu beri harapan positif. Jika kita yang menjadi jeneral perang sentiasa menyebut negatif, maka askar dan pejuang tidak ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk gelanggang,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menyifatkan Ahmad membuat ‘lawak antarabangsa’ kerana mengeluarkan kenyataan seperti kebudak-budakan mengenai “esok bukan pilihan raya”.

Ia susulan kenyataan Ahmad bahawa persoalan sama ada BN boleh menang PRU atau tidak jika ia diadakan ‘esok' tidak perlu dijawab kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Katanya 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.

Ahmad menjawab kenyataan Muhyiddin yang berkata bahawa BN akan tewas jika pilihan raya diadakan esok berikutan pelbagai isu yang timbul dalam pentadbiran kerajaan.

Mengulas lanjut Ahmad menyifatkan kontroversi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang melanda pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menggugat kedudukan BN.

"Banyak sudah program-program yang baik untuk rakyat telah dan sedang kita laksanakan.

"Takkanlah segalanya telah terpadam dengan hanya dua isu iaitu 1MDB dan dana politik, isu yang boleh diselesaikan," katanya.

Selain itu Ahmad berkata BN tidak perlu hilang keyakinan untuk menang dalam PRU-14 berikutan masalah dalaman yang dihadapi pakatan pembangkang.

"Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?

"Jika nanti diadakan PRU, BN akan menang…InsyaAllah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahamd Maslan , PRU , Umno , BN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan