Kemerosotan Nilai Ringgit Bawa Rahmat Kepada Pelancongan Domestik - Matta

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 10:08 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemerosotan nilai Ringgit Malaysia melonjakkan pelancongan domestik apabila lebih banyak rakyat tempatan memilih untuk melancong di dalam negara daripada membuat perjalanan ke luar negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Phua Tai Heng.

"Ringgit yang jatuh baru-baru ini mungkin memberi kesan positif dengan menggalakkan pelancongan dalam negara apabila lebih banyak rakyat Malaysia memilih untuk melakukan perjalanan di dalam negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penganjuran Matta Fair 2015 pada September di sini Isnin.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Pelancongan Domestik Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata jumlah pelancong domestik meningkat 11.6 peratus kepada 60.7 juta pada 2014 daripada 54.4 juta pada 2013.

"Bertemakan 'Cuti-cuti 1Malaysia: Dekat Je', kami berharap dapat meningkatkan jumlah itu kepada 63.7 juta pelancong domestik tahun ini. Langkah menyemarakkan industri pelancongan domestik akan mewujudkan pelaburan baharu bagi destinasi domestik dan ini sudah tentu akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan," kata Iskandar Mirza.


Phua berkata Matta Fair 2015, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dari 4 hingga 6 Sept dengan 1,233 gerai, dijangka menjana jualan produk pelancongan domestik berjumlah RM4.5 juta.
Tags / Kata Kunci: ringgit merosot , Dekat Je , Matta

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan