Pesuruhjaya PAS Sarawak Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 11:02 AM

Adam Ahid menghembuskan nafas terakhir awal pagi Isnin kerana serangan angin ahmar.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi ini, tiga hari selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, akibat serangan angin ahmar.

Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak Muhamad Shokri Ahmad Fauzi berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di sini sebelum Zohor.

Beliau berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh anggota PAS khususnya di Sarawak, kerana sebelum ini Allahyarham gigih bersama-sama anggota kepimpinan parti mengatur strategi persiapan PAS menghadapi pilihan raya Sarawak.

Menurutnya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kebetulan berada di sini, sempat melawat Allahyarham di Institut berkenaan lewat Ahad malam.

Allahyarham, pernah bertanding pada pilihan raya Sarawak pada 2011 di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau dan tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Julaihi Narawi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Adam Ahid , PAS , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan