Nasib Justo Ditentu Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 10:36 AM

Xavier Andre Justo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warga Switzerland, Xavier Andre Justo tiba di Bangkok South Criminal Court untuk perbicaraan kesnya kerana memeras ugut bekas majikan, PetroSaudi International.

Justo, warga Switzerland yang memeras ugut PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu yang didakwanya berniat menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justo, 48, ditahan oleh polis Thai di kediamannya di Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Justo kemudiannya menandatangani pengakuan penuh dan dalam satu temubual dengan The Straits Times, Singapura ketika di dalam penjara pada 23 Julai lalu, dia menjelaskan bagaimana dia bertemu sekumpulan pembeli di Bangkok dan Singapura untuk menjual maklumat tersebut.

Dia mendakwa tidak dibayar AS$2 juta (RM8 juta) dalam urusan jual beli maklumat itu.

Pada 24 Julai lalu, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan penerbit Ho Kay Tat mengesahkan mereka bersetuju membeli data itu dan tidak membayar wang tersebut.

Justo turut menamakan Clare Rewcastle-Brown, penerbit Sarawak Report yang berpangkalan di Britain sebagai individu ketiga terlibat dalam urus niaga itu.

Minggu lalu dilaporkan bahawa Dr Marc Henzelin, seorang peguam berpangkalan di Geneva yang diupah isteri Justo di Switzerland berkata, Justo mengaku bersalah maka tidak akan ada perbicaraan penuh dengan saksi kerana keputusan itu sudah selesai.

"Akan ada pendengaran secara teori yang akan diadakan minggu depan. Dia akan dihukum dengan segera.

"Hakikat bahawa dia mengaku bersalah boleh meringankan hukuman. Asas bahawa dia bekerjasama dengan polis dan pengakuan yang dibuat akan dipertimbangkan hakim," katanya.

Peguam itu memberitahu beliau diberitahu bahawa Justo mungkin akan dipenjarakan selama enam bulan hingga satu setengah tahun.

Di bawah terma perjanjian antara Thailand dan Switzerland, sekiranya Justo mempunyai tempoh hukuman kurang daripada setahun, dia boleh menjalani hukuman tersebut di Switzerland.

Namun Dr Henzelin berkata, jika Justo harus menjalani hukuman di Thailand, dia harus menerima hakikat itu.

Tags / Kata Kunci: Xavier Andre Justo , Petro Saudi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan