Bersih 4.0 Tak Perlu Jumpa Saya - KPN

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 2:24 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara menolak sebarang pertemuan dengan penganjur Bersih 4.0.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, adalah mencukupi bagi penganjur untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengenai rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos ini.

"Di bawah undang-undang, mereka hanya perlu berjumpa dengan Ketua Polis Daerah dan menyerahkan notis untuk menganjurkan perhimpunan.

"Mereka tidak perlu berjumpa dengan Ketua Polis Negara," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau menambah, penganjur sebelum ini telah mengemukakan notis kepada Ketua Polis Daerah pada minggu lepas tetapi ia tidak lengkap.

"Kita jangkakan mereka mengemukakan notis lengkap hari ini," katanya.

Khalid memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

"Kita tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang langkah untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan. Tindakan tegas akan diambil," katanya.


Tags / Kata Kunci: Bersih 4.0 , Khalid Abu Bakar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan