Bersih 4.0 Akan Diteruskan Walaupun Terdapat Latihan Perarakan Merdeka

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 8:30 PM

Maria Chin Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersih 4.0 akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun tarikhnya sama dengan latihan perarakan Hari Merdeka, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Maria berkata penganjur demonstrasi akan bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa untuk membincangkan perkara itu.

"Kita akan bertemu DBKL, tetapi buat masa ini perhimpunan tersebut akan berjalan seperti yang dirancang," katanya,

"Kita akan cuba untuk pergi sehampir yang boleh (ke Dataran Merdeka) tetapi kita tidak akan mengganggu latihan ini," kata beliau, sekiranya latihan perarakan diadakan serentak dengan perhimpunan tersebut.

Sambutan tahunan Hari Merdeka adalah pada 31 Ogos, dengan latihan biasanya diadakan beberapa hari sebelum tarikh itu.

Mengenai pra pelancaran perhimpunan yang dirancang pada Jumaat, penganjur berkata ia akan menggerakkan kira-kira 2,000 sukarelawan untuk memastikan pengurusan keselamatan dan orang ramai.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada sukarelawan PAS, Unit Amal akan membantu.

Tags / Kata Kunci: Bersih 4.0 , Maria Chin Abdullah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan