Rakyat Mungkin Tanggung Kenaikan Tarif Air Selepas Penstrukturan Semula - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 6:35 PM

Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rakyat Selangor berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan tarif itu mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Perjanjian yang akan dimuktamadkan pasti mempunyai kos proses penstrukturan dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti, namun kerajaan negeri tidak akan bebankan rakyat.

"Dalam usaha mengurangkan 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos yang besar bagi menangani perkara tersebut," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkaitan industri air di Selangor.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyatakan perjanjian utama penstrukturan semula industri air Selangor telah dimuktamadkan dengan kerajaan pusat pada 10 Julai lepas dan mempunyai tempoh 60 hari bagi pelaksanaan syarat-syarat utama di dalam perjanjian itu termasuk penyelesaian proses pengambilalihan syarikat konsesi.


Katanya, sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortioum ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengakui bahawa Selangor sedang berdepan dengan masalah bekalan air terawat berikutan kekurangan loji rawatan air untuk menampung keperluan rakyat dan industri di negeri itu.


"Masalah kita di Selangor bukan disebabkan oleh bekalan air mentah tetapi berpunca akibat kekurangan loji rawatan air dan keadaan itu menyebabkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan," katanya.


Kepada soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berhubung program pemberian air percuma, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu berikutan terdapat segelintir pihak dilihat menyalahgunakan kemudahan tersebut.

"Kita kena teliti perkara itu kerana didakwa ada pihak yang menerima kemudahan itu menggunakannya untuk mencuci kereta, menyiram kebun bunga dan sebagainya namun kerajaan negeri tidak berhasrat untuk batalkan program itu setakat ini," katanya.

Sementara itu, semasa bercakap kepada pemberita di lobi dewan, Mohamed Azmin berkata sebarang cadangan untuk penambahbaikan program pemberian 20 meter padu air percuma di Selangor perlu dibentangkan pada persidangan DUN akan datang.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti mekanisme terbaik bagi memastikan golongan sasar mendapat manfaat daripada program itu memandangkan kerajaan negeri menanggung kos antara RM120 juta hingga RM150 juta setahun untuk melaksanakannya.

Mengulas mengenai kos program pemberian air percuma yang dilihat meningkat setiap tahun, Mohamed Azmin berkata ia adalah disebabkan oleh pertukaran meter pukal kepada meter individu bagi penduduk di bangunan strata.

Beliau turut menafikan dakwaan kerajaan negeri mengalami masalah kewangan berikutan peningkatan kos tersebut.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai kemungkinan kenaikan tarif selepas penstrukturan semula industri air di negeri itu, Mohamed Azmin berkata jika rakyat mahukan perkhidmatan serta fasiliti yang terbaik, pastinya ada kos yang perlu dibelanjakan.

Namun tiada kenaikan tarif air setakat ini dan kerajaan negeri akan meneliti langkah berkesan untuk memastikan kos yang ditanggung itu tidak sewenang-wenangnya dilepaskan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan mereka, katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan