Muhyiddin Tak Patut Suarakan Rasa Tak Puas Hati Secara Terbuka - Azalina

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 3:50 PM

azalina

Azalina Othman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menyuarakan rasa tidak puashatinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN) berbanding membuat kenyataan secara terbuka, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perbezaan pendapat dan rasa tidak puas hati merupakan sebahagian daripada lumrah dan asam garam politik, yang perlu dilakukan di platform yang sesuai.

"Adalah tidak sesuai bagi Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno membuat kenyataan terbuka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden parti. 

"Kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh agenda politik kotor pihak pembangkang atau pihak tertentu yang mahu melihat Umno dan BN berpecah," katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombalan Kabinet baru-baru ini selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menurutnya perdana menteri dan presiden Umno wajib menjelaskannya kepada rakyat.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata, beliau akan terus bersuara kerana beliau terharu dengan sokongan yang diterima daripada rakyat.

Azalina berkata, kekuatan Umno dan BN adalah berasaskan kepada kesetiaan dan kepercayaan.

Tambahnya, mana-mana pemimpin BN tidak akan terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaaan.

"Rakyat merasakan mereka tertipu sekiranya seorang pemimpin melakukan sesuatu seperti itu kerana setiap ahli Parlimen dilantik berdasarkan kepercayaan rakyat," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Azalina Othman , Muhyiddin Yassin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan