Tuanku Haminah Lancar Pokok 'Hujan-Hujan Permaisuri'

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 2:35 PM

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah melihat secara dekat pokok yang ditanam baginda diberi nama 'Hujan-Hujan Kuning Permaisuri' sempena lawatan diraja ke Kuala Lumpur Orkid dan Bonsai Show 2015 (KLOBS), Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan melancarkan pokok 'Hujan-Hujan Permaisuri' sempena Festival Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur 2015 (KLOBS 2015) di Taman Botani Perdana, di sini.

Pokok yang juga dikenali sebagai Hujan-Hujan Kuning itu adalah hasil pengklonan pokok induk asal dan dinamakan sempena gelaran Seri Paduka.

Tuanku Hajah Haminah turut berkenan menanam dan menyiram benih pokok itu sebagai simbolik acara pelancaran.

Pokok yang daunnya berwarna kuning keemasan itu adalah hasil kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan akan dijadikan tanaman landskap perintis di sekitar bandar raya.

Tuanku Hajah Haminah meluangkan masa kira kira sejam melawat kawasan pameran bonsai serta Taman Orkid diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dan tetamu lain.

Pameran itu yang berlangsung sehingga hari ini telah mula dibuka secara percuma kepada orang awam sejak 7 Ogos lalu.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan