Bekas Pegawai Westpac Dakwa Dipaksa Pindah Dana Malaysia Ke Pihak Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 11:11 AM

Berita mengenai dakwaan Michael Knight di The Sydney Morning Herald yang disiarkan pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai kanan bank Westpac di Australia mendakwa dia dipaksa untuk memindahkan dana kerajaan Malaysia tanpa kebenaran ke pihak ketiga, menurut laporan sebuah akhbar Australia.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Michael Knight yang mengendalikan urusan jual beli Dudley House di Melbourne berdepan dengan seorang lelaki kelihatan seperti orang Asia di luar kediamannya di Brighton pada 5 Mac 2013.

"Saya tahu anda ada tiga anak, anda akan buat apa yang saya katakan," kata lelaki tidak bernama itu kepada Knight dan membayangkan lelaki berkenaan mempunyai pistol.

Kerana bimbang terhadap keselamatan keluarganya, Knight mendakwa, dia terpaksa berulang kali memindahkan dana yang dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia, dalam akaun peribadinya selepas menyerahkannya kepada lelaki berkenaan.

Akhbar harian itu turut melaporkan bahawa Knight yang menguruskan kewangan untuk pembangunan hartanah di bank itu, dibantu oleh "sebuah agensi kerajaan Malaysia" bagi mendapatkan pembiayaan untuk perjanjian Dudley House. 

Selepas mendapati mereka mahu membeli hartanah pada harga yang lebih tinggi iaitu A$22.5 juta (RM63 juta), Knight yang berurusan dengan peminjam berpotensi, mendakwa mereka "jelas membayar terlalu banyak".

Knight percaya penjual itu mendapat keuntungan yang banyak dan berkongsi dengan pegawai warga Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu, selepas nasihatnya tidak dipedulikan.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa beberapa jam selepas Knight bersetuju untuk mendapatkan pembiayaan bagi perjanjian itu, dia mendakwa telah didekati oleh seorang lelaki misteri dan kemudiannya dipaksa untuk melakukan transaksi itu yang didakwanya menyalahi undang-undang.

Akhbar harian tersebut turut memetik peguam Knight bahawa anak guamnya mahu memaklumkan kepadannya polis tetapi bimbang dengan keselamatan keluarganya.

Selepas tindakannya itu terbongkar pada September 2013, Knight dibuang kerja oleh syarikatnya kerana melakukan penipuan bagi mendapatkan hartanah berkenaan dan perkara tersebut dilaporkan kepada polis.

Knight mengaku bersalah kerana memindahkan dana ke akaun peribadinya semasa pendakwaan di mahkamah, dan disabitkan hukuman melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. 

Kontroversi terbaharu itu susulan laporan akhbar harian Australia, The Age pada Jun lalu yang melaporkan mengenai pembelian hartanah itu pada harga lebih tinggi, sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan dilakukan berhubung dakwaan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan