Tiada Anggota Parlimen BN Dari Selangor Terlibat - Noh Omar

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 9:54 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar pada Ahad memberi jaminan tiada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri itu terlibat dalam gerakan menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang berkata, kesemua Anggota Parlimen BN di Selangor tetap dengan pendirian menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya beri jaminan, kelima-lima kami (Anggota Parlimen BN di Selangor) tidak akan terjebak dalam gerakan seperti ini kerana tetap mengikut dasar demokrasi yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Kebangsaan 2015 dan kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Selangor di sini, Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Budiman Mohd Zohdi.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam yang mengesahkan wujud gerakan tersusun untuk menggulingkan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Ahmad Zahid berkata gerakan berkenaan yang didalangi seorang pemimpin UMNO dan bekerjasama dengan pembangkang, kini dalam proses menyiapkan memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain Noh, empat lagi Anggota Parlimen BN dari Selangor ialah Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).

Sementara itu, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO agar tidak terjerumus dengan rentak politik pembangkang.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Noh Omar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan