JKNMPP Diharap Bawa Ketelusan, Keterbukaan Dalam Berpolitik - Khaled Nordin

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 8:46 AM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu akan membawa kepada ketelusan dan keterbukaan dalam berpolitik.

Beliau yang menyambut baik penubuhan jawatankuasa yang merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif berkata, ketelusan dan keterbukaan itu seharusnya menjadi asas bagi sesebuah negara yang demokratik.

Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, jawatankuasa itu dijangka melakukan proses perundingan dan mendapatkan maklum balas di semua peringkat serta mengambil kira pandangan semua pihak dalam usaha kerajaan.

"‎Saya berharap dengan penubuhan jawatankuasa ini akan membawa kita ke arah ketelusan dan keterbukaan dalam berpolitik yang seharusnya menjadi asas bagi sesebuah negara yang demokratik.‎

"Penubuhan jawatankuasa ini juga dilihat sebagai suatu isyarat jelas mengenai kematangan amalan demokrasi di Malaysia. Kematangan politik ini pula lahir daripada kesediaan Umno untuk melakukan suatu anjakan baharu politik negara dan ianya bukan lagi sebuah retorik politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Mohamed Khaled, beliau turut berharap agar peranan yang akan dimainkan oleh jawatankuasa tersebut merupakan langkah untuk mengimbangi dan mengawal pengaruh serta kuasa luar daripada mencampuri hal ehwal politik dan urusan pentadbiran negara.

"Saya amat berharap agar ia akan mengambil kira semua aspek penting bagi mengembalikan keyakinan khalayak terhadap aspek tadbir urus parti-parti politik dalam negara dan menyeru semua pihak termasuk parti pembangkang untuk menyambut baik inisiatif yang telah diumumkan ini," katanya.

Pada Jumaat lalu, Najib yang mengumumkan penubuhan JKNMPP berkata, jawatankuasa itu akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun, dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Najib, JKNMPP akan dianggotai wakil parti-parti politik, tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, agensi-agensi kerajaan berkaitan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan termasuk generasi muda.

Tags / Kata Kunci: JKNMPP , Mohamed Khaled Nordin

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan