RM2.6 Bilion: Saya Dan Bendahari Umno Tahu - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 2:28 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mengakui maklum mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, isu berkenaan sudah berulang kali dijelaskan.

Tengku Adnan berkata, Bendahari Umno juga maklum berhubung transaksi berkenaan.

"Kami berulang kali telah menjelaskan isu berkenaan. Sebagai setiausaha agung, saya sedia maklum dan begitu juga bendahari parti," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa di sini, Ahad.

Dilaporkan, derma itu disalurkan individu dari negara Timur Tengah.

Tengku Adnan berkata, pembangkang dan badan bukan kerajaan seperti Bersih 4.0 sepatutnya mengisytiharkan sumber dana untuk menganjurkan demonstrasi seperti yang akan diadakan akhir bulan ini.

"Kita mahu tahu dari mana mereka mendapat dana.

"Mereka edarkan kemeja t kuning dan sepanduk semasa setiap demonstrasi.

"Rakyat berhak tahu dari mana sumber dana mereka, jadi tolong isytihar," katanya.

Tengku Adnan mengulas rancangan Bersih untuk mengadakan demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.

Beliau mendakwa peserta program seumpama itu menerima wang tunai dalam bentuk mata wang asing.

"Saya nampak sendiri ketika perhimpunan Reformasi 1998, ada peserta yang memegang AS$50 selepas menyertainya.

"Sekarang kita nak tahu dari mana badan bukan kerajaan dan pembangkang terima dana," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan