SPRM Sambut Baik Pengumuman JKNMPP Oleh Najib

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  untuk menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Menurut kenyataan SPRM pada Sabtu, pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang hendak diwujudkan ini akan dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada anggota parti-parti politik, malah rakyat dan generasi akan datang.

"Pengumuman ini seiring dengan saranan yang pernah dikemukakan oleh SPRM menerusi panel-panel bebas sejak SPRM ditubuhkan pada tahun 2009.

"Dalam syor yang dikemukakan sebelum ini, SPRM telah mengesyorkan agar Kerajaan mengkaji sumbangan dana politik supaya sumbangan dana kepada parti politik hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun parti, dan bukannya ke dalam akaun persendirian mana-mana pemegang amanah. 

"Ini adalah bagi menjamin ketelusan terhadap mana-mana parti dan individu," jelas kenyataan itu.

Tambah SPRM, sesetengah masyarakat menilai sesebuah parti politik berdasarkan persepsi yang tidak baik semata-mata kerana partiberkenaan dilibatkan dengan sumbangan dana politik. 

"Dalam hal ini, adalah penting bagi sesebuah parti politik untuk sentiasa membina persepsi positif di kalangan masyarakat.Antara cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengisytiharkan apa jua punca kewangan sesebuah parti politik dan akaun parti atau pertubuhan politik juga hendaklah boleh diaudit oleh juruaudit bertauliah setiap tahun kewangan berakhir atau pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan oleh pihak berkuasa". 

Jelas SPRM, bagi dana politik yang ingin diberikan terus kepada individu dalam parti tertentu, ia hendaklah mendapat kelulusan bertulis dari ketua parti masing-masing dan dana politik berkenaan hendaklah tidak mempunyai kaitan langsung dengan tugas rasmi kedua-dua individu yang menerima dan yang menderma dana politik berkenaan.

"SPRM juga mahu pelan pembiayaan politik berintegriti yang hendak dibentuk ini memasukkan komponen mewajibkan anggota pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan mengisytiharkan apa jua sumbangan derma dan hadiah yang diterima. 

"Dalam hal ini, SPRM bersedia untuk memberi input dan pandangan kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik," jelas SPRM.

Selain itu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaaffar mengalu-alukan dan menyokong langkah tegas untuk memantau dana politik.

"Ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik.

"Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai," katanya.

PPPR merupakan salah satu daripada lima panel bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Tags / Kata Kunci: SPRM , PPPR , JKNMPP

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan