Pasaran Wang Tempatan Dijangka Stabil Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus campur tangan bagi menstabilkan pasaran wang.

Bank pusat itu dijangka meneruskan usaha untuk menyerap lebihan dana dalam pasaran yang kebanyakannya daripada pasaran wang matang, kata seorang peniaga.

Bagi minggu yang baharu berakhir, BNM campur tangan setiap hari dengan melaksanakan tender konvensional, Program Komoditi Murabahah, Qard, lelongan matang dan repo.

Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan jumlah lebihan tunai di pasaran kepada RM30.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM5.43 bilion dalam dana Islam.

Kadar rujukan Islam semalaman disandarkan pada 3.21 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.27 peratus, 3.32 peratus dan 3.36 peratus.

Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan pada 3.69 peratus.
Tags / Kata Kunci: BNM , wang tempatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan