Pelan 'Low Yat 2' Akan Menjejaskan Hubungan Kaum - MCA

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Low Yat 2 hanya akan menjejaskan hubungan kaum, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sambil menyifatkan cadangan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka pusat beli untuk bumiputera sahaja sebagai 'pendekatan bermusuhan', Tiong Lai berkata pasaraya harus terbuka kepada semua kaum.

"Malah, Low Yat (Plaza) bukan sebuah pusat beli-belah untuk kaum Cina. Ia adalah pusat beli-belah yang terbuka kepada semua kaum (berniaga), " katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar mengenai pembangunan budaya Cina Malaysia di Wisma MCA, Jumaat.

Tiong Lai berkata pemimpin setiap kaum mempunyai tanggungjawab untuk menggalakkan kerjasama di kalangan semua kaum.

"Sebagai pemimpin dalam kerajaan, beliau (Ismail Sabri) tidak sepatutnya mencadangkan pasaraya untuk satu kaum, terutamanya dalam pasaran yang berbilang kaum. Kenyataan sedemikian hanya akan mengganggu keharmonian di negara kita, " katanya.

Tiong Lai berkata MCA tidak membantah rancangan bertujuan untuk menyokong agenda bumiputera.

"Ia tidak harus menjadi sebuah pasaraya bumiputera. Dalam masyarakat berbilang kaum, ia harus menjadi pasaraya berbilang kaum. Tiada perbezaan kaum di sini," katanya, sambil menambah sebarang percubaan seperti itu hanya akan meluaskan jurang antara kaum.

Beliau menegaskan bahawa kejadian curi di Low Yat Plaza, yang bertukar menjadi pergaduhan perkauman pada bulan Julai, menunjukkan bahawa toleransi kaum semakin buruk.

"Insiden di Low Yat Plaza menggambarkan keadaan perpaduan, yang masih memerlukan banyak perkara ditangani. Ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam satu atau dua hari," katanya.

Di Alor Setar, Ismail Sabri dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa beliau berharap isu cadangan 'Low Yat 2' itu tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional.

Beliau berkata, dengan senario politik semasa di mana parti itu sedang diserang oleh pembangkang, semua parti komponen BN perlu bersatu dan menjadi kuat.

Ismail pada Selasa mencadangkan agar sebuah pusat sehenti bagi produk telefon mudah alih dan gajet yang serupa dengan Low Yat Plaza dibuka di Bangunan Mara khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera.
Tags / Kata Kunci: Low Yat 2 , Datuk Seri Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan