Saya Tak Terlibat Komplot Gulingkan Kerajaan - Ku Li

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 6:08 PM

Tengku Razaleigh Hamzah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menyangkal dakwaan terbabit dalam sebarang komplot untuk menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gua Musang itu hanya tersenyum apabila ditanya sama ada komplot seumpama itu benar-benar wujud.

"Mungkin ada, mungkin tidak," kata veteran Umno itu apabila didekati wartawan pada majlis sambutan Aifilfitri Persatuan Anak Gua Musang di Taman Alam Sutera di sini.

Razaleigh menjelaskan, beliau masih menyokong kerajaan tetapi sebagai Ahli Parlimen tentunya perlu bercakap dan melakukan perkara yang benar.

Terdahulu pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wujud gerakan untuk menggulingkan kerajaan oleh pembangkang dan didalangi pemimpin Umno.

Beliau berkata, ada pemimpin yang cuba mendapatkan akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik anggota Parlimen Barisan Nasional menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

"Individu itu adalah pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang baru dibebaskan dan kini bekerjasama dengan 97 Ahli Parlimen pembangkang untuk menentang kerajaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ku Li , Umno , Barisan Nasional

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan