Hanya Pengundi Dapat Tentukan Sama Ada BN Akan Terus Memerintah - Shahrir

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 2:13 PM

Shahrir Samad.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Keputusan sama ada mahu memberikan mandat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara ini hanya dapat ditentukan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional  (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Sabtu berkata walaupun pihak-pihak tertentu meramalkan BN akan kalah, hanya undian yang dapat menentukannya.

Beliau menegaskan, walaupun pilihan raya umum lalu menyaksikan integriti parti pemerintah dicemari oleh isu-isu tertentu, majoriti pengundi masih memilih BN.

Shahrir memberikan isu-isu utama seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang, National Feedlot Corporation (NFC) dan ECM Libra, yang katanya boleh mengurangkan keyakinan dan kepercayaan dalam BN.

"Ia lebih kepada persepsi bahawa Umno dan BN melakukan kesalahan walaupun hasil siasatan melibatkan kes dibuat oleh badan kehakiman," katanya.

Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Baru, berkata demikian sebelum merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Johor Baru di Bandar Baru Uda di sini.

Beliau berkata walaupun BN terselamat pada pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 dengan berita-berita negatif, parti itu tidak boleh berpeluk tubuh untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita perlu bekerja lebih keras dan melakukan lebih banyak usaha untuk membetulkan dan menjelaskan keadaan semasa melibatkan Umno atau berdepan risiko kehilangan sokongan," kata Shahrir.

Beliau berkata pembangkang pasti akan memainkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shahrir berkata, walaupun siasatan kedua-dua kes masih berterusan oleh badan-badan yang ditugaskan untuk menyiasat, majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa individu yang terlibat dalam kes-kes itu sebagai bersalah.

"Sebab itulah saya mencadangkan kepada kerajaan untuk mempercepatkan pelantikan pengerusi baru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) secepat yang mungkin.

"Sepatutnya terdapat satu hari khas kita duduk dan melantik pengerusi baru bulan depan.

"Jika kita menunggu sehingga Oktober untuk Parlimen melantik pengerusi PAC yang baru, ia mungkin memberi petunjuk yang salah bahawa Kerajaan sedang melambatkan siasatan 1MDB," kata beliau.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Shahrir Abdul Samad , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan