Bahasa Kesat Bukan Budaya Umno - Abdul Rahman

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Tindakan menggunakan perkataan tidak sesuai atau bahasa kesat untuk menegur pucuk pimpinan parti tidak seiring dengan budaya dalam Umno, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, Umno telah mengamalkan budaya dan nilai yang tinggi yang menjadi tunjang kepada kelangsungannya selama ini.

"Itu (teguran menggunakan bahasa kasar) bukan budaya Umno. Itu budaya samseng atau budaya yang asing daripada Umno," katanya ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di sini, Sabtu.

Beliau mengulas tindakan seorang perwakilan Wanita Umno Langkawi yang menggunakan bahasa kesat semasa mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan KerajaanTempatan berkata Umno tidak pernah menghalang anggotanya mengkritik kepimpinan parti bagi memastikan kekukuhan parti tetap terpelihara namun perlu menggunakan bahasa sesuai.

Katanya kerisauan dan kegelisahan yang dialami anggota Umno masa kini berhubung polemik politik semasa tidak seharusnya mendesak mereka melangkaui batasan sehingga boleh memporak-perandakan parti.

Abdul Rahman berkata, mereka perlu berfikir secara rasional dan tidak mudah mempercayai tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

Katanya isu-isu yang dihadapi sekarang mengambil masa untuk diselesaikan dan meminta setiap anggota Umno agar tidak gelojoh untuk mendapat jawapan ke atas semua isu itu secepat mungkin. 


Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan