Pihak Cuba Keruhkan Hubungan Polis-SPRM Akan Dikenakan Tindakan - TKPN

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 5:12 PM

Noor Rashid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KULIM: Pihak polis memberi amaran ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan hubungan baiknya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, tindakan tegas menanti mereka yang cuba berbuat demikian terhadap kedua-dua agensi penguatkuasa itu.

"Golongan yang mahu mengeruhkan keadaan akan berhadapan dengan tindakan tegas. Saya ingatkan semua pihak jangan mengambil kesempatan mengeruhkan hubungan baik pihak polis dengan SPRM melalui media maya atau sebarang siaran ", katanya, Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

Noor Rashid mengulas tindakan beberapa pihak yang cuba mengeruhkan hubungan baik sedia terjalin di antara polis dan SPRM menerusi pelbagai laporan tidak berasas di dalam media sosial.

Mengenai usaha polis untuk melumpuhkan kegiatan pengganas IS di negara ini, Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, pihaknya telah berjaya menangkap kira-kira 100 individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Menerusi usaha perisikan yang berterusan, kegiatan kumpulan itu untuk merekrut lebih ramai rakyat negara ini untuk menganggotai IS telah hampir dilumpuhkan, katanya.

Katanya, siasatan menunjukkan laman sosial merupakan medium perhubungan utama untuk mempengaruhi individu di negara ini untuk menyertai pertubuhan pengganas itu di Syria.

Kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-17 tahun ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Noor Rashid Ibrahim , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan