SKMM Arah Portal Berita Tarik Balik Dua Artikel - Berita Semasa | mStar

SKMM Arah Portal Berita Tarik Balik Dua Artikel

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 11:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis kepada portal berita 'Malaysiakini' untuk menarik balik dua artikel yang didapati tidak benar dalam laman webnya.

SKMM dalam satu kenyataan berkata artikel berkenaan bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan pada Khamis.

"SKMM mendapati berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menafikan wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SKMM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan