Sila Keluar PAS Jika Tak Yakin Dengan Parti - Nik Abduh

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 8:44 PM

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Jumaat dengan lantang mengkritik beberapa pemimpin parti yang sudah tawar hati dan tidak yakin dengan pucuk pimpinan untuk meninggalkan parti berkenaan.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, tindakan keluar parti juga merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda PAS ketika ini.

Malah, katanya pemimpin terbabit tidak akan memperoleh ganjaran pahala sekiranya masih berada di dalam parti tetapi gagal melaksanakan amanah dengan baik.

"Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir. Saya jawab apabila 'penyakit' itu (pemimpin PAS) keluar dengan sendiri tanpa perlu 'dibedah buang'," katanya dalam laman Facebooknya pada Jumaat.

Beliau berkata, pemimpin yang tidak berpuas hati dengan parti dan cuba merosakkan parti dari dalam adalah satu tindakan yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab.

"Tiada juga pahala lagi buat anda jika kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan oleh setiap anggota (parti) tetapi tidak mampu melaksanakan program dan arahan parti.

"Dan jika laksanapun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosikan gerakan lain dan menghodohkan (memburukkan) wajah PAS. Bagaimana nak dapat pahala, pahala mudah saja, laksanakan amanah. Dosa pun mudah, khianati amanah," katanya.

PAS kini berada dalam kemelut apabila sekumpulan bekas pemimpin itu yang tidak dipilih ketika Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini bertindak menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu yang akan dibentuk.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menasihatkan anggota parti itu agar patuh kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika kita sudah hilang kepercayaan, tak boleh lagi dengar dan tak boleh lagi patuh, maka kita kena letak jawatan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PAS , Nik Abduh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan