Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat kerana bank asing terus menjual mata wang tempatan, kata seorang peniaga mata wang.

Menjelang pukul 9.20 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0360/0430 berbanding dolar daripada 4.0080/0130 pada penutupan Khamis.

"Selepas lega dan mencatat lantunan kecil awal pagi Khamis, ringgit bagaimanapun terus ditekan. Faktor luaran termasuk tindakan China menurunkan nilai yuan akan terus menjadi faktor penentu hala tuju mata wang Asia termasuk ringgit," kata seorang peniaga.

Ringgit juga susut berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.8882/8939 daripada 2.8725/8765 pada Khamis dan rendah berbanding yen pada 3.2420/2482 daripada 3.2172/2215.

Ringgit juga rendah berbanding pound sterling pada 6.3022/3148 daripada 6.2561/2655 dan susut berbanding euro kepada 4.5014/5100 daripada 4.4561/4625 pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: ringgit , susut , dolar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan