Pelajar UIAM Bantah Penggantungan Pengajian Kerana Jemput Rafizi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Jumaat menuntut pihak universiti menarik balik penggantungan pengajian terhadap dua pelajar, dipercayai kerana menjemput Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ke sebuah forum.

Pada Khamis, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA), Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli digantung pengajian selama dua semester dan diberikan amaran.

Difahamkan, kedua-dua mereka digantung pengajian kerana menjemput Rafizi ke sebuah forum GST pada Mei lalu.

Pengerusi We Unite for Islam UIAM (Wufi), Azzan Aznan memberitahu khalayak yang dianggarkan kira-kira 150 orang bahawa penggantungan itu adalah tidak wajar dan ia bertentangan dengan kebebasan akademik.

"Adalah menjadi kewajipan bagi setiap pelajar dan pensyarah untuk membantah penggantungan itu... kita perlu berjuang bersama-sama," katanya ketika berucap selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Hanif yang kini berada di luar kawasan berkata, beliau menghormati keputusan universiti namun menganggap hukuman itu terlalu berat dan tidak selari dengan peranan universiti sebagai institusi pendidikan.

"Kebebaskan akademik dan kebebasan bersuara sepatutnya dikekalkan di universiti," katanya ketika dihubungi The Star Online.

Hanif berkata, beliau akan mempertimbangkan langkah seterusnya dan sama ada membuat rayuan terhadap penggantungan itu selepas mendapat surat rasmi mengenainya.

Beliau diberitahu mengenai penggantungan itu dalam pendengaran tatatertib pada Khamis.

Pada 13 Mei lalu, Rafizi dilarang untuk berucap pada forum berkenaan.

Beliau bagaimanapun berada di atas pentas namun mikrofonnya dirampas oleh pengawal keselamatan kampus sebelum membawanya keluar.

Sementara itu, Afiqah enggan memberikan sebarang komen.

Ketika berita ini ditulis, pihak pentabiran universiti tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan