Program '1 Ayah 2 Ibu' Bukan Anjuran Kementerian - Berita Semasa | mStar

Program '1 Ayah 2 Ibu' Bukan Anjuran Kementerian

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan ia mempunyai kaitan dengan 'Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu' seperti yang tersebar menerusi media sosial.

Kementerian dalam satu kenyataan menyatakan ia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama, logo serta laman web kementerian di poster program tersebut.

"Susulan daripada itu, kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Jumaat bagi siasatan lanjut," tambah kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan meminta penyebarannya dihentikan.-- Bernama


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan