Perkhidmatan KTM Komuter Laluan Rawang Terjejas Akibat Pokok Tumbang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 7:19 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Rawang tergendala hampir empat jam selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang landasan di laluan Stesen Putra ke Segambut, di sini Khamis.

Jurucakap KTMB berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 6 petang itu menyebabkan tren yang menggunakan laluan berkenaan mengalami kelewatan melebihi 30 minit.

"Perkhidmatan di laluan terbabit kembali pulih pada pukul 9.30 malam tadi tetapi hanya satu landasan beroperasi ketika ini," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada tengah malam nanti.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur Wahid Mahat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak KTMB pada 7.15 malam Khamis.

"Pokok yang tumbang itu telah menghalang laluan di kedua-dua landasan yang terlibat dan sebanyak dua jentera dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah serta Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Proses pemotongan pokok tumbang di landasan terjejas dibersihkan oleh bomba bersama pekerja daripada KTMB," katanya.

Tags / Kata Kunci: KTM Rawang , tergendala , pokok tumbang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan