Kerajaan Cadang Kontraktor Tempatan Terajui Kajian Tanah Gambut

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 6:08 PM

Fadillah Yusof

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kementerian Kerja Raya mencadangkan kajian komprehensif dilakukan oleh sektor swasta dan pendidikan tinggi bagi menambah baik kualiti pembinaan infrastruktur di tanah gambut.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini, belum ada kajian yang konklusif memberi jaminan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya di tanah gambut dapat bertahan dengan tempoh yang lama.

"Sebagai contoh di Sarawak kualiti jalan raya tidak baik kerana masalah tanah gambut ini menyebabkan ada jalan tidak rata dan beralun," katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) cawangan Miri di sini, Jumaat ini.

Fadillah mencadangkan, kontraktor tempatan khususnya yang beroperasi di Sarawak menjalin kerjasama dengan universiti tempatan memandangkan tanah gambut meliputi sebahagian besar negeri ini.

"Di bandar raya Miri misalnya kontraktor tempatan boleh menjalinkan kerjasama dengan Curtin Universiti Sarawak yang beroperasi di Miri, jika berjaya, potensi untuk memasarkan teknologi infrastruktur di tanah gambut ke luar negara amat cerah," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan