Pemimpin BN Jumpa Najib Nyata Sokongan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 1:14 PM

Dr James Jemut Masing.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bertemu di Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata Najib menyampaikan mesej kepada ketua-ketua parti komponen untuk menjadikan parti terus kuat dan bersatu.

"Mesej PM adalah untuk memastikan parti terus kuat. Beliau juga memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.

"Kami (pemimpin parti komponen) menunjukkan sokongan kepada PM," kata Masing ketika ditanya pemberita sebaik sahaja keluar dari Pejabat Perdana Menteri selepas mesyuarat tersebut.

Masing juga berkata isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana AS$700 juta dalam akaun Najib tidak dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

Katanya, semua pimpinan tertinggi parti hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Tags / Kata Kunci: parti komponen BN , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan